Pages

Sunday 29 September 2013

Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1


Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1
by guabama


PENGENALAN
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu;

1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.


Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Penerangan di bawah memberikan sedikit gambaran.

HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)

1. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)

Tujuan Berfikir :
Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah & Langkah :
P : senaraikan semua yang baik.
M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.

2. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)

Tujuan Berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?

3. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
- Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.

4. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)

Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam?
3. Apakah AGO diharamkan meminum arak?

5. FIP (First important prioriti)

Tujuan Berfikir :
Perkara paling penting diutamakan
Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
Menentukan prioriti.
Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan
Kaedah & Langkah :
Apakah perkara-perkara yang penting?
Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik?
3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah?

6. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)

Tujuan Berfikir :
Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.
Menentukan pilihan yang terbaik.
Elakkan pemikiran sehala sahaja.
Kaedah & Langkah :
Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?
Apakah baik buruk cadangan tadi?
Manakah cadangan yang paling baik.
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.

7. OPV (Other People’s Views)
Tujuan Berfikir
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
Kaedah & Langkah
Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?
Contoh Tajuk Perbincangan
1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam.
2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari.
3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia.
SEKIAN. TERIMA KASIH

0 comments:

Post a Comment

About me

 

sewangi lavender Design by Insight © 2009