Pages

Monday 21 October 2013

Jenis-Jenis Bacaan

0 comments

Assalamualaikum.. ^^

Sebenarnya, terdapat beberapa jenis bacaan yang tidak kita sedari selama ini kerana kita hanya sekadar menbaca tetapi tiada kesedaran untuk mengkaji jenis bacaan yang kita gunakan. Oleh itu, sila lihat rajah di bawah :

1.    Bacaan Mekanis (Bersuara)
Membaca bersuara sering juga menggunakan nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apa pun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang.       
Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.
Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan cepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan (pronunciation) daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.
Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai keterampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkan kita mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya adalah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar.
Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakan alat-alat pertuturan.

2.    Bacaan Mentalis (Senyap)
Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dibandingkan dengan membaca nyaring, membaca dalam hati atau membaca senyap adalah lebih ekonomis, dan dapat dilakukan di mana-mana sahaja.
Biasanya, membaca dalam hati atau senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca insentif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan senyap atau bacaan akaliah ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.

3.    Bacaan Intensif (Pantas dan Imbasan)
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangankan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut juga memberi penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca dengan pelbagai cara iaitu :

i. bacaan pantas
ii. bacaan imbasan (scanning).

Bacaan pantas adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu laju tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca ketika itu.
Membaca yang dilakukan dalam keadaan yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca kehilangan isi-isi penting yang diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang cuba diketengahkan. Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu perlahan tidak pula menguntungkan kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh berlaku melalui bacaan senyap atau membaca dalam.
Ini kerana dalam bacaan kuat atau bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca mereka pada kadar kelajuan bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan pergerakan bibir dan lain-lain alat pengucapan manusia.
Bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning pula adalah kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai membaca tinjauan. Biasanya.sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca.
Membaca sepintas lalu ini melibatkan pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata yang terdapat dalam buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti judul-judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak dan sebagainya

4.    Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif adalah untuk memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara yang berikut:

a. Membaca tinjauan (survey reading)
b. Membaca sekilas (skimming)
c. Membaca dangkal (superticial reading)

Membaca tinjauan (survey reading) dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan. Biasanya, kita akan meneliti apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal ini mungkin melibatkan kita memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku-buku tersebut atau mungkin kita akan melihat-lihat atau meneliti judul, bab, rangka besar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas (skimming) adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat, memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan.
Skimming adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Biasanya, melalui proses skimming, mata bergerak dengan cepat, melihat memerhatikan bahan bertulis untuk mendapatkan maklumat atau penerangan dengan serta-merta.
Satu daripada tujuan membaca sekilas adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah teks yang akan ditelaah. Pembaca mungkin akan melakukannya dengan jalan meneliti halaman judul, kata pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya. Daripada tindakan begini, pembaca akan mendapat satu pandangan atau gambaran yang lebih baik dengan mempelajari sifat, hakikat dan jangkauan buku tersebut, susunan dan organisasinya.
Satu lagi tujuan membaca sekilas adalah untuk menemukan hal-hal tertentu. Lazim juga digunakan untuk menemukan bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan. Membaca sekilas merupakan satu keterampilan yang sangat berfaedah sekiranya tidak disalahgunakan. Sekiranya kita dapat menggunakan dengan bijaksana, iaitu menggunakannya secara tepat dan cerdas, kita akan kagum betapa banyaknya maklumat dan fakta yang boleh perolehi dalam satu jangka masa yang singkat.

Membaca dangkal yang disebutkan juga sebagai superficial reading adalah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan. Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti–aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca. Membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting.

5.    Bacaan Rekreasi
Membaca rekreasi adalah satu lagi bentuk kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan otak yang begitu serius. Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenang-senang dan dilakukan dalam keadaan bersantai. Bahan-bahan bacaannya adalah yang terdiri daripada bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan. Lazimnya bahan-bahan yang dibaca ialah komik, cerita-cerita pendek, informasi tertentu, berita, bahan sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.

6.    Bacaan Kritis
Bacaan kritis ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian, mendalam, evaluatif serta analitis. Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca. Membaca kritis biasanya berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi.
Proses bemula dengan penggalian yang mendalam di bawah permukaan untuk menemukan bukan hanya keseluruhan kebenaran tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga menemukan alasan-alasan mengapa penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan itu.
Istilah membaca kritis ini biasanya disamaertikan dengan apa yang disebut oleh Dawson (1963) sebagai interpretive reading atau membaca intepretif atau creative reading, iaitu membaca kreatif oleh Anderson (1972).

Tuesday 15 October 2013

KELEBIHAN MENJADI SEORANG GURU DI SISI ISLAM :)

0 comments

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah, aku ditentukan untuk berada di IPG.. Walaupun dulu, masuk ke IPG kerana dipaksa , tetapi sekarang aku adalah seorang yang sayang IPG (wuuuuu)..hehe.. Bermula alam sebagai bakal guru, bakal pencorak agama, bakal pencorak pemimpin negara, aku mula merasakan tekanan belajar di sini,, Kami dilatih untuk menjadi bakal guru.. Memang sistem pembelajaran di sini dan IPT sangat berbeza.. 

Kalau dulu, Dean's List selalu dalam kepala otak, tapi sekarang misi yang sama, cuma di sini term yang disebut adalah 'first class honour'.. 3.8 n above.. DALILA boleh!! x salah belajar untuk exam, tetapi lebih baik sekiranya ikhlaskan hati belajar kerana Allah..Barulah ilmu tu melekat dalam hati.. then, boleh dipraktikkan bila time kt sekolah nnt (berangan,....padahal 5 tahun lg duduk IPG).. hehehh.. Doakan saya.. 

*ni saya nnt bila kt sekolah*..

ok..ni saya kongsikan sikit kelebihan menjadi cikgu, guru, pendidik, mua'lim dari sudut Islam.. 
(Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh teladan guru yang sangat awesome n daebakk!!)

Monday 14 October 2013

Hari Raya Aidiladha

0 comments
Assalamualaikum.

 Kali ni , meriah sambutan hari raya qurban ..sbb, dua org sahabat (wenwen n fasihah),  raya sekali dekat karak..awesome sgt..tp, ape sebenarnye makna hari raya qurban ni. ok, ni ade sedikit perkongsian.. ^^



Pengertian, Pengisian di sebalik sambutan Aidiladha

Ibadat korban tersirat seribu satu pengajaran, pererat kasih sayang sesama masyarakat
HARI Aidiladha adalah satu hari kebesaran Islam dan juga hari perayaan bagi umat Islam. Sesungguhnya Allah menganugerahkan kepada umat Islam dua hari untuk mereka makan dan minum serta bergembira iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Oleh kerana itu, umat Islam diharamkan berpuasa pada kedua-dua hari perayaan besar itu. Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan dan kejayaan selepas berpuasa sebulan penuh Ramadan sementara Aidiladha pula diraikan sebagai simbol salah satu syiar Islam teragung yang cukup sinonim dengannya iaitu ibadat haji.

Aidiladha yang juga dikenali sebagai hari raya korban adalah kerana hari itu adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim di dalam menunaikan perintah Allah dan juga kesabaran anaknya Nabi Ismail memenuhi perintah Ilahi seperti yang termaktub lewat firman-Nya yang bermaksud: Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya), Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya-Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

Di dalam melaksanakan perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah di dalam menunaikan perintah Ilahi sehingga dengan kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah mengirimkan seekor kibas untuk menggantikan Nabi Ismail.

Dalam hal ini, Allah merakamkan kisah berkenaan melalui firman-Nya yang bermaksud: Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (Surah al-Saaffaat, ayat 104- 108).

Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia ini, umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat haji ke Baitullah al-Haram. Ibadat haji yang dilaksanakan oleh setiap jemaah haji pada setiap tahun membawa bersamanya seribu satu unsur pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

Alangkah baiknya jika setiap jemaah haji dan juga umat Islam seluruhnya dapat menghayati kesan-kesan pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik ibadat haji itu yang bukan hanya setakat kesan fizikal dari segi ibadah saja, malahan ibadah haji mendidik betapa peri pentingnya pengorbanan untuk mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Untuk mendapat keredaan Ilahi dan pengampunan-Nya, ia bukanlah satu perkara yang cukup mudah dan murah. Sebaliknya ia menuntut satu pengorbanan besar dan juga iltizam tinggi di mana ganjaran besar yang disediakan Allah bagi haji yang mabrur ialah pengampunan dosa seumpama bayi yang baru lahir dan suci serta bersih dari nodaan dosa.

Justeru, untuk meraih peluang keemasan dan ganjaran besar itu, maka tidak dapat tidak ia memerlukan satu pengorbanan yang jitu, kesabaran yang nekad dan juga iltizam yang tinggi.

Perlu ditegaskan bahawa hari raya dalam bulan Zulhijah bukan hanya pada 10 hari bulan, bahkan ia berlanjutan dari hari ke-11, 12 dan ke-13 yang juga lebih dikenali sebagai hari Tasyrik. Umat Islam juga diharamkan berpuasa pada hari Tasyrik itu.

Seterusnya, umat Islam disunatkan untuk bertakbir, bertahmid dan bertasbih mulai dari solat Subuh hari Arafah sehingga solat Asar hari ke 13 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas setiap solat sama ada solat fardu mahupun solat sunat.

Umat Islam dianjurkan agar memperbanyakkan ibadat pada malam Aidiladha berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan dua malam Aidilfitri dan Aidiladha (dengan ibadat), maka hatinya tidak akan mati pada hari di mana hati-hati manusia akan mati (iaitu leka dari mengingati Allah). (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, salah satu ciri keistimewaan yang cukup signifikan berkenaan Aidiladha dan juga hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ini kerana ibadat korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula dari waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Ia juga adalah satu cara untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah. Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarkan kepada takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Surah al-Hajj, ayat 37)

Di samping itu, ibadat korban ini memberikan peluang kepada setiap Muslim untuk menyucikan dirinya daripada sebarang penyakit hati dan juga segala dosa yang mungkin melekat di dasar jiwa. Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Tidaklah anak Adam mengerjakan sesuatu pekerjaan pada hari korban yang lebih dicintai Allah dari mengalirkan darah haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya. Sesungguhnya darah haiwan akan diterima Allah sebelum jatuh di tempat sembelihannya. Maka sucikanlah diri kamu dengan menyembelih haiwan korban. (Hadis riwayat Ibnu Majah & Tirmizi).

Dari sudut lain, ibadat korban ini adalah satu mekanisme yang konkrit untuk mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat. Mereka berkemampuan melakukan ibadat korban ini akan mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik terutama fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan seumpamanya.

Semua ini adalah satu manifestasi dari makna kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tiada terhitung kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. (Surah al-Hajj, ayat 36).

Selanjutnya, sesiapa yang menjalankan ibadat korban ini disunatkan agar menyembelih binatang korban itu sendiri dan jika tidak mampu, dia hendaklah menyaksikan upacara korban itu terutama apabila darah pertama mula mengalir ke bumi kerana pada waktu itulah Allah akan mengampuni dosa-dosa yang lalu daripada orang yang melakukan korban itu.

Dalam hal ini, Rasulullah menyuruh puterinya Saidatina Fatimah untuk menyaksikan sendiri upacara ibadat korban yang dijalankan atas namanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: Bangunlah dan pergilah saksikan ibadat korban kamu kerana sesungguhnya pada titisan darah pertama yang mengalir akan diampunkan dosa kamu yang lepas. Fatimah bertanya kembali: Wahai Rasulullah! Apakah ia khusus kepada ahli keluarga atau umum kepada umat Islam? Jawab Baginda: Bahkan kepada seluruh umat Islam. (Hadis riwayat Al-Bazzar & Ibnu Hibban)

Demikianlah hikmah ibadat korban yang menyerikan lagi suasana keceriaan Aidiladha yang menyaksikan satu kesedaran atau keinsafan yang cukup tinggi di kalangan umat Islam untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ummah sejagat. Mudah-mudahan ibadat korban yang dilakukan sepanjang Hari Aidiladha diterima Allah. Amin. 

sumber : akhbar Berita harian





Friday 11 October 2013

exam, imtihan, moga dipermudah dari awal hingga akhir..

0 comments

Bittaufiq Wannajah fil imtihan !



Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni...Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah..

TAPI ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal,hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya..
Yang penting, kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.

ALLAH BERFIRMAN :"DAN ORANG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."

Wednesday 9 October 2013

KEMAHIRAN MENGANALISIS MAKLUMAT

0 comments
Asssalamualaikum. Memandangkan saya akan pulang ke rumah pd hari esok (EXCITED)..!! jadi, saya updatelah blog ni .. SELAMAT MEMBACA>>

Penulis: Najibah 2008



DEFINISI

*Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi.
*Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas.
*Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih

Tujuan

*Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
*Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

*Menganalisis Idea
*Menganalisis Hujah


(A) Menganalisis Idea
-Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
-Mengelas
-Membanding dan membeza
-Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
-Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah
-Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang mengkomunikasikan idea.
-Mencari sebab dan kesimpulan
-Mengusul periksa andaian
-Membuat urutan
-Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
-Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau instit

Jenis-jenis urutan

*Urutan abjad - cth : Senarai nama
*Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
*Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
*Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
*Kitar - cth : Kitar Oksigen
*Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan

Kesimpulan

Analisis dan penjelasan idea dapat menyebabkan pemahaman yang lebih mendalam
Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu pemahaman yang mahir.

Artikel ini diletakkan berdasarkan rujukan daripada beberapa buku, laman web serta blog. Walau demikian fakta yang diberikan mungkin hanya relevan semasa artikel ini ditulis. Bagi mengelakkan kesilapan fakta, pembaca diingatkan agar membuat rujukan daripada sumber-sumber terkini jika hendak menggunakannya sebagai bahan penulisan ilmiah

Tuesday 1 October 2013

Kemahiran berfikir (2)

0 comments

Sekiranya anda ingin memuat turun fail kemahiran berfikir klik KEMAHIRAN BERFIKIR.

Peta minda ?

0 comments


KEMAHIRAN BELAJAR : PETA MINDA

Kemahiran belajar merujuk kepada kemahiran untuk menyediakan diri bagi menerima ilmu ketika belajar. Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar. Peta minda adalah satu kaedah mengingat dan mencatat nota yang berkesan kepada pelajar. Dalam kaedah peta minda, hanya fakta-fakta penting sahaja yang dimasukkan ke dalam peta yang disediakan. Penggunaan peta minda dan pengurusan grafik sesuai diaplikasikan untuk memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.


Antara kaedah membuat peta minda yang baik adalah seperti berikut :

1.Tuliskan tajuk nota dengan huruf besar di bahagian tengah kertas
2. Bahagikan kepada cabang-cabang yang merupakan fakta utama (maksimum tujuh cabang)
3. Bahagikan cabang kepada cabang kecil - fakta terperinci
4. Setiap cabang utama ditulis menggunakan satu perkataan mudah. Contoh : Kaedah, Jenis...
5. Semua fakta ditulis menggunakan huruf besar

About me

 

sewangi lavender Design by Insight © 2009