Pages

Sunday 29 September 2013

Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1

0 comments


Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1
by guabama


PENGENALAN
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu;

1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.


Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Penerangan di bawah memberikan sedikit gambaran.

HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)

1. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)

Tujuan Berfikir :
Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah & Langkah :
P : senaraikan semua yang baik.
M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.

2. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)

Tujuan Berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?

3. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
- Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.

4. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)

Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam?
3. Apakah AGO diharamkan meminum arak?

5. FIP (First important prioriti)

Tujuan Berfikir :
Perkara paling penting diutamakan
Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
Menentukan prioriti.
Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan
Kaedah & Langkah :
Apakah perkara-perkara yang penting?
Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik?
3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah?

6. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)

Tujuan Berfikir :
Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.
Menentukan pilihan yang terbaik.
Elakkan pemikiran sehala sahaja.
Kaedah & Langkah :
Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?
Apakah baik buruk cadangan tadi?
Manakah cadangan yang paling baik.
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.

7. OPV (Other People’s Views)
Tujuan Berfikir
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
Kaedah & Langkah
Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?
Contoh Tajuk Perbincangan
1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam.
2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari.
3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia.
SEKIAN. TERIMA KASIH

Saturday 28 September 2013

teknologi dalam pendidikan

0 comments

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran






Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

• Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. 

• Menjimatkan masa, tenaga dan wang. 
• Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. 
• Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. 
• Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. 
• Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. 
• Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:

 - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
semasa kegunaan 
- merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran selepas kegunaan
 - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.


• Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. 

• Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:

- pengenalan topik

- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik

• Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran 

• Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja. 
• Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. 
• Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.
Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik
• Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran.
Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan 
• Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas. 


Tuesday 24 September 2013

ALAT-ALAT BERFIKIR

0 comments
Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah:


1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Intereting (PMI)]

B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.

Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]

Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.



3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]

Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.

4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]


Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya. 

5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]

Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.

6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APD)]

Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.

7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]

Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

Tuesday 10 September 2013

Membaca amalan mulia

0 comments


MARI MEMBACA!!!!

Teknik Membaca Yang Berkesan

Assalamualaikum..

Membaca adalah satu hobi yang amat baik sekali. Dengan membaca pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat kita perolehi. Disini saya hendak kongsikan teknik membaca yang berkesan iaitu Sistem PQRST. Sistem PQRSTadalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen LamarRobinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah tunjang Teknik Membaca PQRSTini. Terdapat 5 langkah yang menjadi dalam teknik ini.

(a) Preview (Tinjau)

Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu denganmemberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses peninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat segera tentang gambaran kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)

Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagaisoalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Bentuk soalan yang boleh anda buat adalah "Bagaimanakah saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya" Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)

Read. Sambil MEMBACA tumpukan perhatian untuk mendapatkan bahan bacaan anda, jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat tumpuan, di mana anda boleh membaca dengan sepenuhnya. Dengan berbuatkan keberkesanan dan impak proses demikian, anda akan dapa meningkatkan pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self - Recitation (Menyebut Kendiri)

Self - Recitation. MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta utama atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yangandatelah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses secara serentak.

(e) Test (Uji)

Test. UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.


Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Disini dikongsikan lagi satu kaedah membaca dengan berkesan. Mungkin sedikit berbeza dengan Teknik PQRST.

Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca

Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal

Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukantahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca.Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti

Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata

Setiap perkataan baru yangterdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut.Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja
bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah

Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambaratau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".



KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

0 comments
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA




Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota penting dibuat kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjaga bahan rujukan, apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah suatu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesananya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.
Mengapa Perlu Membuat Nota? 

1. Semasa membuat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar, atau semasa sedang membaca.

2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang kita baca.

3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa.

4. Membuat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan

5. Pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari

6. Boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan

7. Membuat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya, misalnya membantu pelajar memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan, dan dapat meningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Membuat Nota

1. Buat persediaan yang lengkap, misalnya pen, pensel, kertas dan buku.

2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat

3. Kenal pasti kata kunci. Gunakan formula ( 4W + H)

* What- apa * Why- kenapa * When- bila * Where- di mana * How- Bagaimana

4. Catatkan isi-isi sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan

5. Lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai

Semasa tulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:

1. Perkataan atau prasa yang penting

2. Singkatan: misalnya: dgn= dengan, spt= seperti, U.K.= United Kingdom

3. Lukisan atau lakaran

Pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah Venn.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik

1. Terdiri daripada isi-isi penting (utama)

2. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca

3. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran

4. Catatkan isi-isi penting sahaja, dengan menggunakan ayat sendiri

5. Gunakan dalm bentuk point, elakkan menyalin ayat-ayat panjang

6. Kalau perlu menggunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham

7. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca

About me

 

sewangi lavender Design by Insight © 2009